04 April 2011

kueh tiau siput kew seafood???

seperti hari2 biasa,habis kelas tggu bas berjam-jam dengan penuh kesabaran (walaupun ada hari aku jadi mcm nk gila) sambil2 tu aku dah fikir nak makan apa jap lagi bila sampai foodcourt. biasa la hidup bujang acecee nie bukan rajin sangat nak masak pun..kalau masak pun,masak nasi lauk beli luar jugak.xdak maknanya aku nak masak lauk. kos lagi tinggi.setakat masuk perut aku sendiri,x kisah la apa pun. tapi bila mak call mesti cakap makan yang sedap.bukan pa x mau bagi mak risau ja. kang menangis pulak mak aku tu bila dengar cerita pilu aku nie


bila bas sampai,hmmmmmmmmmmm.....boleh x aku nak pnjang lgi...hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm, sure penuh ja bas tu.tambah pulak kelas aku nie semua habis petang.letih siot.tapi sebab ilmu x kisah lew pagi petang siang malam walaupun aku ni kerap jugak ponteng kelas..(shhhhhhhh jgn bagi taw mak aku)..hehehe. so seperti biasa bas tu akan jadi tin sardin maknanya penuh,padat,ketat, dan seumpamanya. ala beb x kisah tu semua janji boleh naik bas n balik kolej. sementara nak sampai kolej tu kepala aku ni masih ligat mencari jawapan silangkata untuk menu aku ari nie.menu aku yang slalu masuk perut aku nie:
1)kuehtiau seafood
2)nasi goreng kampung
3)tomyam
4)roti john
5)nasi putih+ sotong goreng tepung


so elok sampai ja kolej n bas akan berhenti depan foodcourt...of course aku dengan tertibnya(ye kew???) berjalan menuju ke kedai yang aku slalu beli.selama aku dok kat kolej nie aku rasa 2 kedai tu ja jadi pilihan aku...hehehehe...nth la..aku ingt nak p jumpa bomoh la,mungkin diorg ni dh bomohkan aku kot. rasa-rasanya btoi laaaaa. elok parking je badan aku betoi2 depan akak tu...seperti biasa  akak tu akan sediakn pen n kertas nak tulis menu aku nak pesan. n aku juga seperti biasa akan amik masa berjam-jam tercegat kat depan akak tu sambil fikir walaupun dh b4 naik bas tadi dh fikir.


bila dh fikir punya fikir,' ok kak,bagi kueh tiau seafood satu,bungkus errrrrr'- dialog aku laaa. 'ok,yang tu ja?'- akak punya dialog plk. amboi2 kak nie aku taw la aku ni gemuk,tapi jangan jatuhkan reputasi n confident level aku sampai macam tu skali..dishhhhhhhhh...gertak hati aku ja..masih dapat dikawal lgi.lagipun akak tu senyum la beb..x sanggup ku nak menyakitinya..hahahha..(^_^). sedang kaki aku ni nak langkah pergi..tibe aku dengar akak tu gurau dengar sorang budak laki tu..'adik nak kuehtiau seafood kew siput? kalau siput akak x tangkap lgi,kt umah akak byk' yakkkkkkkkktuihhhhhhh nak termuntah aku dengar.dengan segera aku tukar menu tu..' kak,nasi goreng kampung la,asyik makan kuehtiau seafood je, tukar erk yang td tu', akak tu dengan muka terpinga-pinga sambil kepala mengangguk faham..


ada ke patut akak tu cakap macam tu,walaupun dia gurau tapi jangan la sampai macam tu.menu kegemaran aku tu. lagipun penat otak aku nie fikir td.elok baik punya fikir akan tu wt mcm tu plk...hmmmmm....nasib la.kan bagus kalau aku x dengar dialog aka tu dengan budak tu td. sure dengan rakus aku dapat makan kuehtiau seafood.tunggu la hri lain plk aku order menu tu...bila semua siput2 kat umah akak tu dah habis..!!!!


nak kuehtiau seafood!!!






p/s:tq 4 reading!!!

4 comments:

  1. hahaha..sedap ape siput..kahkahkah

    ReplyDelete
  2. uik....klu siput sedut x pe...nie dia ckp siput tutttttt

    ReplyDelete
  3. okay lagi dari tomyam cicak si khazimah tuh... trauma aku nk order tomyam weh..

    ReplyDelete
  4. hehehe...tomym cicak...geli plk aku dgr...:P

    ReplyDelete